Bedtime Stories

Good to see her back. Baru empat hari jejak tanah Melayu.

Dah lama tak nampak status WhatsApp dia. Reply lah. Rindu.

Tak sampai 10 saat, notifikasi dari dia menyapa. Dan seperti biasa, dia selalu punya cerita.

"Ada seorang jemaah ni, kami semua panggil dia Tokwan." Aku mengubah posisi duduk kepada berbaring, ini mungkin bedtime stories yang panjang.

"And guess what, Tiqah?"

Ermm. Pelipis digaru.

"Tokwan meninggal sehari sebelum balik Malaysia."

"Innalillahi wainna ilaihi rajiu'n."

"Tokwan meninggal kat Madinah, dikuburkan kat tanah perkuburan Baqi'."

Speechless. Baqi' kot.

"Baqi'? MasyaAllah rezeki arwah betul." Apa agaknya amalan arwah Tokwan masa hidup dulu ya?

"Betul, rezeki arwah sungguh. Baqi' tu tempat para sahabat. Rasulullah kata, akan bangkit dari perkuburan Baqi' 70 ribu orang yang akan dapat masuk syurga tanpa hisab."

Jealous nya aku. Sungguh.

"Tokwan berjiran dengan para sahabat."

Pengakhiran yang husnul khotimah, tambah pula dikuburkan di tempat perkuburan para sahabat.

"Tiqah, kau tau? Last day sebelum balik tu, aku terbayang ada ke malaikat maut nak jemput aku. Cita-cita aku nak meninggal kat situ."

Lagi sekali aku tersentap dengan kata-katanya. Kerana jika malaikat maut datang menjemput, entah apa lah nasib aku kemudiannya. Aku masih belum bersedia untuk mati. Bekalan aku masih sikit, masih tak cukup.

"Tapi nak meninggal takut dosa banyak." Sambung dia lagi.

Aku masih belum reply dia, meninggalkan bluetick tanda memberi ruang untuk dia menyambung.

"Ustaz kata, ada lah tu amalan yang Tokwan buat. Antara dia dengan Allah je tahu. Amalan tu bukan hanya apa yang kita duk buat, kadang benda tu amalan hati."

Allahu. Benda yang kita semua tahu, tapi kadang tak sedar.

"Hati tu lah yang paling penting kan? Sebab bila tanya Tok, isteri Tokwan tu, apa amalan Tokwan? Tok tak kata apa, Tok duk buat bendang, orangnya tak banyak cakap. Senyum je."

Dia sambung lagi,

"Kalau kami tegur-tegur Tokwan, senyum je dia, tak banyak cakap pun. Entahlah apa lah agaknya amalan direct dia yang Allah redha sungguh."

Allahu. 'Amalan yang Allah redha sungguh'. Untuk waktu yang sekarang, ada tak aku? Teringin nak ada sekurang-kurangnya satu.

"Aku belajar sesuatu dari situ. Nilaian ibadah tu, bukan sekadar apa yang kita nampak dan orang nampak. Bukan hanya pada banyaknya dia. Tapi sejauh mana kita buat tu lillahi taala. Bukan sekadar banyaknya solat dan mengaji kita pada kuantiti. Orang nampak kita baik, tapi di sisi Allah kita tak pernah tahu nilaiannya. Hidup ini benarlah tentang kita dan Tuhan. Sampai Tuhan redha." Panjang dia meluah.

Betul. Beramal tanpa lillah, akan lelah. Sia-sia. Kerana hidup hanya untuk mendapat redha ilahi.

"Kita dan Tuhan je tahu busuk kita macam mana. Tapi Allah tu Maha Baik. Aib ditutup rapi."

"Betul, kalau aib ni dibuka, memang takde sapa nak datang mendekat." Maha Baiknya Allah.

Alhamdulillah untuk perbualan yang menjentik hati ni. Alhamdulillah untuk kesempatan diberikan sahabat sebaik dia. Alhamdulillah untuk segalanya.

"Kalau aku mati ni, tolong doa baik-baik kat aku tau? Dan kalau aku takde kat syurga nanti, kau tariklah aku tau?"

"Tiqah, aku pun wehhh."

InsyaAllah. Sama-sama ya. Moga pengakhirannya kita ke syurga. Amiin.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Comments