Posts

Showing posts from December, 2022

Short Diary D-365

Image
Amygdala, hippocampus dan prefrontal cortex aku masih kukuh. "Ikhlas." Itu sepatah perkataan yang boleh menyimpulkan iktibar tahun 2021 aku. Lalu selangkah saja aku memasuki 2022, usaha untuk ikhlas itu aku sematkan dalam dada. Erat-erat aku pasakkan dalam diri. Tapi hari tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah dan hidup tak selalunya mudah. Pasti ada mehnah. Kata dasar perkataan manusia adalah daripada na-si-ya; lupa. Dan aku lah si pelupa yang pincang keimanannya dan yang tak benar-benar bersungguh, mungkin? Kerana kesungguhan yang asalnya dari hati kini sikit demi sikit beralih, bercicip sekadar di mulut. Tekad dah kian pudar. Kerana sungguh, betapa sukarnya untuk menjadi ikhlas dalam setiap saat dan taat. 'Adakah hari-hari ini dijalani hanya sekadar rutin?' 'Adakah detik-detik ini sudah hilang nilai pahalanya?' Penghujung 2022 menjadi saksi. Apakah aku berjaya atau gagal, natijah yang aku sendiri tak tahu. "Ikhlas itu umpama semut hitam, yan...

Bedtime Stories

Image
Good to see her back. Baru empat hari jejak tanah Melayu . Dah lama tak nampak status WhatsApp dia. Reply lah. Rindu. Tak sampai 10 saat, notifikasi dari dia menyapa.   Dan seperti biasa, dia selalu punya cerita. "Ada seorang jemaah ni, kami semua panggil dia Tokwan." Aku mengubah posisi duduk kepada berbaring, ini mungkin bedtime stories yang panjang. " And guess what, Tiqah?" Ermm. Pelipis digaru. "Tokwan meninggal sehari sebelum balik Malaysia." "Innalillahi wainna ilaihi rajiu'n." "Tokwan meninggal kat Madinah, dikuburkan kat tanah perkuburan Baqi'." Speechless . Baqi' kot. "Baqi'? MasyaAllah rezeki arwah betul." Apa agaknya amalan arwah Tokwan masa hidup dulu ya? "Betul, rezeki arwah sungguh. Baqi' tu tempat para sahabat. Rasulullah kata, akan bangkit dari perkuburan Baqi' 70 ribu orang yang akan dapat masuk syurga tanpa hisab." Jealous nya aku. Sungguh. "Tokwan berjiran dengan ...